Tetamu ruangan Kuah 7-11 dari Agensi Angkasa Negara, Cik Nor Rafidah bt Saibakar dengan topik perbincangan : Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 31 Januari 2018 ini.

Orang ramai dijemput sama-sama menyaksikan fenomena ini di Observatori Langkawi yang dibuka kepada orang ramai bermula 7.30 mlm. Pelbagai aktiviti termasuk solat sunat gerhana bulan dijalankan sempena fenomena yang terjadi saat bulan berada dalam keadaan supermoon dan bluemoon.

Untuk makluman fenomena supermoon terjadi ketika bulan penuh berada dalam jarak terdekatnya dengan Bumi sehingga kelihatan bulan lebih besar dari biasa.
Blue moon pula adalah bulan purnama yang terjadi dua kali dalam satu bulan.

Ketiga fenomena ini akan terjadi pada waktu yg serentak menjadikan ia peristiwa yang cukup istimewa, iaitu blue moon, super moon, dan gerhana bulan serentak.