SEGMENT



CERIA PAGI

Segmen Ceria Pagi ke udara setiap pagi dari 6.00 pagi hingga 11.00 pagi. 2 orang penyampai juga akan bergandingan selama 1 jam. 

Antara pengisiannya ialah Borak Santai. Ia mengangkat tema Petua/Tip, Vs, Kekeluargaan dan Gaya Hidup.

Selain hiburan, segmen empat jam dalam Bahasa Melayu ini juga dimuatkan dengan Refleksi, Laporan Trafik, Tajuk Berita, , Berita Semasa serta Tular.


ACTIV8

Segmen selama 2 jam ini merupakan segmen Bahasa Inggeris yang ke udara setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang.

Selain hiburan, ia turut dimuatkan dengan informasi dan pengisian dalam Bahasa Inggeris memandangkan Langkawi merupakan pulau tumpuan pelancong serata dunia.

Antara program yang dimuatkan ialah Back To Back, Chart Toppers, RnB, Light & Easy dan Beat It.


EKSPRESI

Mengakhiri siaran di LANGKAWIfm iaitu segmen Ekspresi bersiaran pada pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam selama 4 jam setiap hari.

Selain hiburan, segmen empat jam dalam Bahasa Malaysia ini juga dimuatkan dengan Asma Ul Husna dan bual bicara bersama Tetamu di Konti. 

Program keagamaan iaitu Ad-Deen turut disiarkan mengikut tema berbeza setiap hari iaitu Keluarga Sakinah, Tauhid/Fekah, Umum, Tajwid & Tafsir.

Turut dimuatkan dengan Refleksi, Malar Segar dan rancangan interaktif Kalau setiap Sabtu yang mendapat sambutan baik para pendengar dan komuniti di pulau ini.