Mengenai LANGKAWIfm


  • Sejarah

    Cadangan penubuhan Radio Pelancongan Langkawi oleh Jemaah Menteri pada 25 Ogos 1993. Siaran pertama dari Radio 3 Langkawi adalah pada 1 November 1993 yang bertapak di Pejabat Penerangan Daerah, di lancar oleh wakil Pegawai Daerah Langkawi.

    Pada 12 Disember 1994, stesen Radio 3 Langkawi berpindah ke Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji. Radio 3 Langkawi dikenali sebagai Radio Pelancongan Langkawi dalam satu upacara pelancaran imej baru di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri yang diadakan pada 27 Mei 1996.

    Radio Pelancongan Langkawi telah menerima pelbagai anugerah dan akhirnya radio ini sekali lagi bertukar nama ke Radio Malaysia Langkawi pada pertengahan tahun 2002 bersama- sama dengan stesen-stesen RTM yang lain.

    Pada tahun 2005 sekali lagi penjenamaan semula radio RTM dilakukan dan RML dikenali sebagai LangkawiFM.

    Bersiaran selama 12 jam menggunakan frekuensi 87.5 MHz yang dipancarkan dari studio RADIO MALAYSIA LANGKAWIfm ke Pemancar Gunung Raya.

    Siaran akan dipancarkan semula menerusi 104.8 MHz dengan kekuatan 1,000 watt ( 1kw ). Terdapat 1 pemancar TV untuk siaran TV1 dan TV 2 dan 2  pemancar (transposer) RADIO di Gunung Raya.

  • Carta Organisasi

  • Visi, Misi dan Objektif

    VISI

    Menjadi sebuah stesen penyiaran radio tempatan terulung dan bertaraf dunia yang dapat menyalurkan maklumat secara berkesan, cepat dan tepat.

    MISI

    Menjadi salah sebuah stesen daerah yang mendapat tempat dihati pendengar dan bersaing dengan stesen-stesen radio lain sesuai dengan slogan/tagline Radio Malaysia LANGKAWIfm iaitu Ya Untukmu-Yes It's For You!

    PIAGAM PELANGGAN

    Kami berjanji menyiarkan rancangan-rancangan radio dan liputan berita yang bermutu tinggi, bersesuaian dengan dasar-dasar dan aspirasi negara serta berusaha memenuhi cita rasa rakyat/audiens melalui:

    • Maklumat yang cepat, tepat, padat dan muktahir
    • Rancangan bermaklumat dan berunsur pendidikan
    • Rancangan-rancangan hiburan yang berkualiti
    • Pemupukan nilai-nilai murni
    • Sikap yang positif dan terbuka
  • Masa & Bahasa Siaran

    SEGMEN

    WAKTU

    BAHASA

    Kuah 7-11

    0700 – 1100

    Melayu

    Check In Langkawi

    1100 – 1500

    English (1100-1300)

    Melayu (1300 – 1500)

    Chenang 3-7

    1500 – 1900

    Melayu