Kenali Kami

Kami mengalu-alukan kedatangan anda, sila pilih antara informasi dibawah untuk keterangan selanjutnya.

Objektif Organisasi

Objektif Organisasi Jabatan Penyiaran Malaysia

  • Menerangkan secara mendalam dan dengan liputan seluas-luasnya dasar-dasar dan rancangan-rancangan kerajaan bagi membolehkan rakyat memahami dengan tepat dan sepenuhnya dasar dan rancangan tersebut.

  • Menggalakkan perhatian rakyat dan cara mereka berfikir untuk melahirkan perubahan-perubahan sikap yang sejajar dengan kehendak dan dasar kerajaan.
  • Membantu mewujudkan perpaduaan kebangsaan melalui bahasa Malaysia di kalangan masyarakat berbilang kaum.
  • Membantu melahirkan kesedaran sivik dan menggalakkan perkembangan seni dan kebudayaan Malaysia.
  • Mengadakan bahan-bahan yang sesuai untuk ilmu pengetahuan am, penerangan dan hiburan. 

Sejarah Langkawifm

Cadangan penubuhan Radio Pelancongan Langkawi oleh Jemaah Menteri pada 25 Ogos 1993. 


Siaran pertama dari Radio 3 Langkawi adalah pada 1 November 1993 yang bertapak di Pejabat Penerangan Daerah, di lancar oleh wakil Pegawai Daerah Langkawi. 



Pada 12 Disember 1994, stesen Radio 3 Langkawi berpindah ke Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji. Radio 3 Langkawi dikenali sebagai Radio Pelancongan Langkawi dalam satu upacara pelancaran imej baru di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri yang diadakan pada 27 Mei 1996. 

Radio Pelancongan Langkawi telah menerima pelbagai anugerah dan akhirnya radio ini sekali lagi bertukar nama ke Radio Malaysia Langkawi pada pertengahan tahun 2002 bersama- sama dengan stesen-stesen RTM yang lain. 

Pada tahun 2005 sekali lagi penjenamaan semula radio RTM dilakukan dan RML dikenali sebagai LangkawiFM.

Sejarah Penyiaran

SEJARAH PENYIARAN

1946 Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di Singapura 
1954 Stesen radio bermula di Sabah dan Sarawak.
1956 Mula beroperasi di Bangunan Persekutuan (Federal House) Kuala Lumpur.
1963 Dikenali sebagai Radio Malaysia. 


· 
1963 Siaran radio bermula di Kelantan. 
1963 Perkhidmatan TV memulakan siaran dari Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
1965 Memulakan siaran radio di Melaka dan Pulau Pinang.
1966 Stesen radio Johor memulakan siaran.
1967 Stesen radio Perak memulakan siaran.
1969 Stesen radio di Limbang, Sarawak memulakan siaran.
1969 Perkhidmatan siaran radio dan TV beroperasi dari Angkasapuri.
1969 Radio dan tv digabungkan sebagai Jabatan Penyiaran Malaysia dan mula dikenali sebagai RTM.
1969 Rangkaian TV 2 bermula.
1971 Rangkaian Nasional Radio Malaysia memulakan siaran 24 jam
1973 Radio ibu Kota memulakan siaran
1974 Stesen radio Pahang memulakan siaran
1975 Memulakan perkhidmatan siaran Radio FM Stereo.
1978 Siaran TV warna bermula.
1980 Stesen radio di Kedah dan Sri Aman, Sarawak memulakan siaran.
1986 Stesen radio Labuan memulakan siaran.
1987 Pelancaran slogan ‘RTM Teman Setia Anda’.
1990 Stesen radio Selangor dan Negeri Sembilan memulakan siaran
1990 RTM 1 dikenali sebagai TV 1 Saluran Perdana dan RTM 2 sebagai TV 2 Saluran Emas.
1991 Stesen radio di Perlis memulakan siaran
1991 RTM menjadi hos Perhimpunan Agung ABU ke-28 di Kuala Lumpur
1996 RTM menjadi hos Persidangan PBI di Kuala Lumpur.
1996 RTM menjadi hos Persidangan Agung CBA ke-21 di Kuala Lumpur.
1998 RTM menjadi Hos Penyiaran Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur.
2004 Pelancaran penjenamaansemula RTM dan penampilan logo baru RTM.
2004 Pelancaran TV 1 sebagai Saluran Infoainmen Anda.
2004 Pelancaran TV 2 sebagai Saluran Famili Anda. 
2005 Pelancaran Penjenaman semula 32 rangkaian radio RTM

Visi dan Misi

VISI DAN MISI JABATAN PENYIARAN MALAYSIA

 

VISI

Untuk menjadi sebuah badan penyiaran Negara yang utama dan dinamik yang bertaraf dunia.

MISI
Menyiarkan maklumat dan program hiburan radio dan televisyen yang berdaya saing dan menggunakan teknologi terkini disamping menepati citarasa audiens kearah mencapai wawasan Negara.