Segmen-segmen LANGKAWIfm

Segmen

Segmen Kuah 7-11

Segmen Kuah 7-11 merupakan Morning Show yang ke udara setiap pagi dari 7.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Selain hiburan dan Interaktif Pagi, segmen empat jam dalam Bahasa Malaysia ini juga dimuatkan dengan Tajuk Akhbar Online, Info Trafik, Tinjauan Cuaca, Kapsul Motivasi, Tetamu Di Studio serta Berita Semasa.

Segmen

Segmen Check In Langkawi

Segmen Check In Langkawi merupakan segmen dwi-bahasa yang ke udara setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang.

Selain hiburan, dua jam yang pertama segmen ini, iaitu dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari, dimuatkan dengan info dan pengisian dalam Bahasa Inggeris dan lebih ditujukan kepada para pelancong.

Siaran dua jam berikutnya, dari pukul 1.00 tengahari hingga 3.00 petang, disampaikan dalam Bahasa Malaysia dan lebih difokuskan untuk komuniti dan penduduk Langkawi.

Segmen

Segmen Chenang 3-7

Segmen Chenang 3.00-7.00 merupakan segmen terakhir yang ke udara setiap hari dari pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam.

Selain hiburan, segmen empat jam dalam Bahasa Malaysia ini juga dimuatkan dengan Carta Hits, Slot Anak Malaysia. Sejenak Bersama yang menampilkan tetamu jemputan, rancangan agama Ad-Deen, Berita Semasa, serta Lintas Sejenak bersama KedahFM.