Cadangan penubuhan Radio Pelancongan Langkawi oleh Jemaah Menteri pada 25 Ogos 1993. Siaran pertama dari Radio 3 Langkawi adalah pada 1 November 1993 yang bertapak di Pejabat Penerangan Daerah, di lancar oleh wakil Pegawai Daerah Langkawi.
Pada 12 Disember 1994, stesen Radio 3 Langkawi berpindah ke Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji. Radio 3 Langkawi dikenali sebagai Radio Pelancongan Langkawi dalam satu upacara pelancaran imej baru di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri yang diadakan pada 27 Mei 1996.
Radio Pelancongan Langkawi telah menerima pelbagai anugerah dan akhirnya radio ini sekali lagi bertukar nama ke Radio Malaysia Langkawi pada pertengahan tahun 2002 bersama- sama dengan stesen-stesen RTM yang lain.
Pada tahun 2005 sekali lagi penjenamaan semula radio RTM dilakukan dan RML dikenali sebagai LangkawiFM. Bersiaran selama 12 jam menggunakan frekuensi 87.5 MHz yang dipancarkan dari studio RADIO MALAYSIA LANGKAWIfm ke Pemancar Gunung Raya.
Siaran akan dipancarkan semula menerusi 104.8 MHz dengan kekuatan 1,000 watt ( 1kw ). Terdapat 1 pemancar TV untuk siaran TV1 dan TV 2 dan 2 pemancar (transposer) RADIO di Gunung Raya.